|
Muraqabah (Pengintaian)
Allah Ta'ala berfirman:
"Dialah yang melihatmu ketika engkau berdiri dan
juga gerak tubuhmu di antara orang-orang yang bersujud." (asy-Syu'ara': 218-219)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan Dia adalah besertamu di mana saja engkau semua
berada." (al-Hadid: 4)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada sesuatu yang tersembunyi
baik di bumi ataupun di langit."(ali-lmran: 5)
Lagi firmannya Allah Ta'ala:
"Sesungguhnya Tuhanmu itu nescaya tetap mengintipnya."
(al-Fajar: 14)
Juga firmannya Allah Ta'ala:
"Dia Maha Mengetahui akan kekhianatan mata - maksudnya
pandangan mata kepada sesuatu yang diiarang atau kerlingan mata sebagai
ejekan dan lain-lain perbuatan yang tidak baik - dan apa saja yang
tersembunyi dalam hati.” (al-Mu'min: 19)
Ayat-ayat yang mengenai bab ini banyak sekali dan kiranya dapat
dimaklumi.
Adapun Hadis-hadisnya ialah:
60. Pertama: Dari Umar bin Alkhaththab r.a., katanya: "Pada
suatu ketika kita semua duduk di sisi Rasulullah s.a.vv. yakni pada suatu
hari, tiba-tiba muncullah di muka kita seorang lelaki yang sangat putih
pakaiannya dan sangat hitam warna rambutnya, tidak tampak padanya bekas
perjalanan dan tidak seorang pun dari kita semua yang mengenalnya, sehingga
duduklah orang tadi di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan kedua lututnya
pada kedua lutut beliau dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya
sendiri dan berkata: "Ya Muhammad, beritahukanlah padaku tentang
Islam." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Islam, iaitu hendaknya engkau menyaksikan bahawa tiada
piihan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, hendaklah pula
engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan
melakukan haji ke Baitullah jikalau engkau kuasa jalannya ke situ."
Orang itu berkata: "Tuan benar."
Kita semua hairan padanya, kerana ia bertanya dan juga
membenarkannya. Ia berkata lagi: "Kemudian beritahukanlah padaku tentang
Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah,
malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan -
kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir, yang baik ataupun
yang buruk - semuanya dari Allah jua."
Orang itu berkata: "Tuan benar." Kemudian katanya
lagi:
"Kemudian beritahukanlah padaku tentang Ihsan."
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Iaitu hendaklah engkau
menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya, tetapi jikalau
tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu dapat
melihatmu."
Ia berkata: "Tuan benar." Katanya lagi: "Kemudian
beritahukanlah padaku tentang hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanya - yakni
beliau s.a.w. sendiri - tentulah tidak lebih tahu dari orang yang menanyakannya
- yakni orang yang datang tiba-tiba tadi.
Orang itu berkata pula: "Selanjutnya beritahukanlah padaku
tentang alamat-alamatnya hari kiamat itu."
Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Iaitu apabila seorang hamba sahaya wanita melahirkan tuan
puterinya - maksudnya hamba sahaya itu dikahwin oleh pemiliknya sendiri yang
merdeka, lalu melahirkan seorang anak perempuan. Anaknya ini dianggap merdeka
juga dan dengan begitu dapat dikatakan hamba sahaya perempuan melahirkan tuan
puterinya - dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki,
telanjang-telanjang, miskin-miskin dan sebagai penggembala kambing sama
bermegah-megahan dalam gedung-gedung yang besar - kerana sudah menjadi
kaya-raya dan bahkan menjabat sebagai pembesar-pembesar negara."
Selanjutnya orang itu berangkat pergi. Saya - yakni Umar r.a. -
berdiam diri beberapa saat lamanya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hai Umar, adakah engkau mengetahui siapakah orang yang bertanya
tadi?" Saya menjawab: "Allah dan RasulNyalah yang lebih
mengetahuinya." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya
orang tadi adalah malaikat Jibril, ia datang untuk memberikan pelajaran
tentang agama kepadamu semua." (Riwayat Muslim)
Makna Talidulamatu rabbatahaa, yakni tuan puterinya.
Adapun pengertiannya ialah oleh sebab banyaknya hamba sahaya perempuan
sehingga budak-budak tersebut melahirkan puteri untuk tuan yang memilikinya.
Puteri tuannya itu sama kedudukannya dengan tuannya sendiri. Tetapi ada
sebahagian ulama yang mengatakan tidak sedemikian itu maksudnya. Al-'Aalah,
ialah golongan orang-orang fakir. Adapun kata Maliyyan ertinya
waktu yang lama, iaitu sampai tiga hari tiga malam lamanya.
Keterangan:
Sebabnya Sayidina Umar kehairanan kerana orang yang bertanya itu
semestinya belum mengerti apa yang ditanyakan, tetapi anehnya setelah diberi
jawapan, tiba-tiba penanya itu berkata: "Tuan benar," dan kata-kata
sedemikian ini tentulah menunjukkan bahawa penanya itu telah mengerti.
Barulah kehairanan Sayidina Umar itu lenyap setelah diberitahu bahawa yang
bertanya tadi sebenarnya adalah Jibril a.s. yang kedatangannya memang sengaja
hendak mengajarkan soal-soal keagamaan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w.
Dalam Hadis di atas, ada beberapa hal yang penting kita ketahui,
iaitu:
(a) Mendirikan shalat ertinya tidak semata-mata
menjalankan shalat saja, tetapi harus dipenuhi pula syarat-syarat serta
rukun-rukunnya dan ditepatkan selalu menurut waktu-waktunya.
(b) Percaya kepada Allah yakni meyakinkan bahawa Allah itu
ada (jadi jangan beranggapan bahawa Allah itu tidak ada seperti faham
komunis), dan lagi Allah itu bersifat dengan semua sifat kemuliaan, keagungan
dan kesempurnaan serta terjauh dari semua sifat kekurangan, kehinaan dan
kerendahan.
(c) Malak ialah makhluk Allah yang dibuat daripada nur (cahaya)
dan tidak berjejal-jejal seperti cahaya lampu yang memenuhi rumah. Dengan
cahaya seribu lampu, belum juga sesak rumah itu. Dengan ini teranglah apa
yang dimaksud dalam sebuah Hadis:
Ertinya:
"Bahawasanya Allah itu mempunyai malaikat, ada yang memenuhi sepertiga alam, ada yang memenuhi dua pertiga alam
dan ada yang memenuhi alam seluruhnya."
Adapun erti iman kepada malaikat ialah harus percaya bahawa
mereka itu benar-benar ada dan bahawa mereka itu adalah hamba-hamba Allah
yang dimuliakan. Malak itu sebenarnya kata mufrad dan jamaknya berbunyi
malaikat.
(d) Percaya kepada kitab-kitab Allah ialah meyakinkan
betul-betul bahawa kitab-kitab suci itu adalah firman Allah yang
sebenar-benarnya yang diturunkan pada Rasul-rasulNya dengan jalan wahyu dan
meyakinkan pula bahawa isi yang terkandung di dalamnya ttu semua benar.
(e) Percaya kepada para Rasul ertinya beri'tikad
seteguh-teguhnya bahawa apa yang mereka bawa itu memang sebenarnya dari Allah
Ta'ala.
(f) Hari Akhir ialah hari Kiamat. Iman dengan hari kiamat
ertinya mempercayai betul-betul akan terjadinya hari penghabisan itu dan apa
saja yang terjadi sesudahnya, misalnya Hasyar (akan dikumpulkannya semua
makhluk di padang mahsyar), Hisab (semua amal akan diperhitungkan), Mizan
(amal-amal akan ditimbang dalam neraca), menyeberangi jambatan yang disebut
Shirath dan kemudian ada yang masuk Jannah (syurga), ada pula yang terus
terjun ke (neraka) dan lain-lain hal lagi.
(g) Qadar ialah ketentuan dari Allah sebelum Allah membuat
semua makhluk ini, yang baik mahupun yang jahat. Jadi segala macam adalah
dengan kehendak Allah yang telah dipastikan sejak zaman azali dulu iaitu
zaman sebelum Allah membuat apa-apa. Tetapi kita jangan lupa berikhtiar, kerana
kita telah diberi akal oleh Allah untuk mengusahakan bagaimana jalannya agar
kita tetap bernasib baik dan terjauh dari nasib buruk. Kita tetap harus
berdaya upaya selama hayat dikandung badan.
(h) Dengan cara ibadat sebagaimana yang terkandung dalam erti kata
Ihsan ini, maka tentu akan khusyuklah kita sewaktu menyembah Allah itu. Kalau
dapat seolah-olah tahu pada Allah, ini namanya Mukasyafah (terbuka dari semua
tabir yang menutup) dan kalau mengangan-angankan bahawa Allah tetap melihat
kita, ini namanya Muraqabah (mengintai-intainya Allah pada kita).
(i) Tanda-tanda yang dimaksud ini ialah tanda-tanda kecil sebab
datangnya hari kiamat itu ada tanda-tandanya yang kecil dan ada
tanda-tandanya yang besar. Tanda-tanda kecil ertinya datangnya itu masih agak
jauh, tetapi bila tanda-tanda besar telah nampak, maka itulah yang
menunjukkan bahawa hari kiamat telah sangat dekat sekali saat terjadinya.
(j) Hamba sahaya perempuan melahirkan tuannya - ertinya, banyak
sahaya perempuan itu yang dikahwin oleh raja-raja atau pejabat-pejabat tinggi
lalu melahirkan anak-anak perempuan sehingga anak-anaknya itu pun akan
berkedudukan sebagaimana ayahnya.
(k) Orang yang tak beralas kaki, telanjang, miskin serta
penggembala kambing sama bermegah-megah dalam gedung-gedung besar, maksudnya
ialah bahawa yang asalnya hanya penggembala yang miskin hingga seolah-olah
tak pernah beralas kaki dan pakaiannya hampir-hampir tidak ada (boleh dikata
telanjang) tiba-tiba menjadi pembesar-pembesar negeri dan mendiami
gedung-gedung besar lagi indah dan sama berkuasa serta kaya raya. Dengan
demikian, keadaan negeri lalu rosak binasa sebab sesuatu perkara semacam
pemerintahan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, sebagaimana dalam
sebuah Hadis diterangkan:
Ertinya:
"Apabita sesuatu perkara itu diserahkan kepada orang yang
bukan ahlinya, maka tunggulah saat kerosakannya."
Dengan ini tahulah kita bahawa Islam itu mengandungi tiga
unsur yang utama yakni:
A. 5 Arkanul Islam, B. 6 Arkanul lman dan C. 2 Arkanul Ihsan.
61. Kedua: Dari Abu Zar, iaitu Jundub bin Junadah dan Abu Abdur
Rahman iaitu Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhuma dari Rasulullah s.a.w.
sabdanya:
"Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan
ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik, maka kebaikan itu
dapat menghapuskan keburukan tadi dan pergaulilah para manusia dengan
budi pekerti yang bagus."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan.
Keterangan:
Hadis ini mengandungi tiga macam unsur, yakni bertaqwa kepada
Allah, kebaikan diikutkan sesudah mengerjakan keburukan dan perintah bergaul
dengan baik antara seluruh ummat manusia. Mengenai yang ketiga tidak kami
jelaskan lebih panjang, sebab masing-masing bangsa tentu memiliki cara-cara
atau adat-istiadat sendiri. Namun demikian juga mesti dilaksanakan dengan
mengikuti ajaran-ajaran yang ditetapkan oleh agama Islam, sehingga tidak
melampaui batas, akhirnya terperosok dalam hal-hal yang diharamkan oleh Allah
Ta'ala. Jadi di bawah ini akan dihuraikan perihal yang dua buah unsur saja,
iaitu:
(a) Takut pada Allah atau Taqwallah adalah satu kata yang
menghimpun erti yang sangat dalam sekali, pokoknya ialah mengikuti dan
mengamalkan semua perintah Allah dan menjauhi serta menahan diri dari
melakukan larangan-laranganNya. Dengan demikian terjagalah jiwa dan
terpeliharalah hati manusia dari kemungkaran, kemaksiatan, kemusyrikan yang
terang (jali) atau yang tidak terang (khafi), juga terhindar dari kekufuran
dan kemurtadan. Tuhan tentu akan melindungi orang yang taqwa itu dari semuanya
tadi. Tentang ini Allah telah berfirman:
"Sesungguhnya Allah adalah beserta orang-orang yang taqwa
dan orang-orang yang sama berlaku baik."
(b) Mengikutkan kebaikan sesudah melakukan kejahatan itu
misalnya ialah bertaubat, kerana dengan demikian lenyaplah segenap kesalahan
yang kita lakukan, asalkan kita bertaubat itu dengan sebenar-benarnya,
sebagaimana firman Allah:
Ertinya:
"Melainkan orang yang bertaubat dan beriman dan beramal
shalih, maka mereka itu keburukan-keburukannya akan diganti oleh Allah dengan
kebaikan-kebaikan."
62. Ketiga: Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya:
"Saya berada di belakang Nabi s.a.w. - dalam kenderaan atau membonceng -
pada suatu hari, lalu beliau bersabda:
"Hai anak, sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu
beberapa kalimat iaitu:
Peliharalah Allah - dengan mematuhi perintah-perintahNya serta
menjauhi larangan-laranganNya, pasti Allah akan memeliharamu, peliharalah
Allah, pasti engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Jikalau engkau meminta,
maka mohonlah kepada Allah dan jikalau engkau meminta pertolongan, maka
mohonkanlah pertolongan itu kepada Allah pula.
Ketahuilah bahawasanya sesuatu ummat - yakni makhluk seluruhnya
- ini, apabila berkumpul - bersepakat - hendak memberikan
kemanfaatan padamu dengan sesuatu - yang dianggapnya
bermanfaat untukmu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan kemanfaatan
itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Juga
jikalau ummat-seluruh makhluk - itu berkumpul - bersepakat - hendak
memberikan bahaya padamu dengan sesuatu - yang dianggap berbahaya untukmu,
maka mereka itu tidak akan dapat memberikan bahaya itu, melainkan dengan
sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Pena telah diangkat -
maksudnya ketentuan - ketentuan telah ditetapkan - dan lembaran-lembaran
kertas telah kering - maksudnya catatan-catatan di Lauh Mahfuzh sudah
tidak dapat diubah lagi."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan shahih.
Dalam riwayat selain Termidzi disebutkan:
"Peliharalah Allah, maka engkau akan mendapatkanNya di
hadapanmu. Berkenalanlah kepada Allah - yakni tahulah kewajiban-kewajiban
yang harus ditunaikan untuk Allah - di waktu engkau dalam keadaan lapang -
sihat, kaya dan lain-lain, maka Allah akan mengetahuimu - memerhatikan
nasibmu - di waktu engkau dalam keadaan kesukaran - sakit, miskin dan
lain-lain.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang terlepas daripadamu itu
-keuntungan atau bahaya, tentu tidak akan mengenaimu dan apa-apa yang
mengenaimu itu pasti tidak akan dapat terlepas daripadamu.
Ketahuilah bahawa pertolongan itu beserta kesabaran dan
bahawasanya kelapangan itu beserta kesukaran dan bahawasanya beserta
kesukaran itu pasti ada kelonggaran."
Keterangan:
Hal-hal yang perlu dimaklumi dalam Hadis ini ialah:
(a) Ada di belakang Nabi s.a.w. maksudnya ialah membonceng
waktu naik bighal (semacam kuda) dengan duduk di belakang beliau.
(b) Peliharalah Allah, yakni peliharalah perintah-perintah
dan larangan-larangan Allah serta berhati-hatilah pada kedua macam hal itu,
pasti engkau dijaga olehNya dalam duniamu, agamamu, dirimu dan keluargamu.
(c) Ummat ialah semua makhluk yang dimaksudkan.
(d) Pena-pena telah
diangkat, ertinya ketentuan-ketentuan telah tetap.
(e) Kertas-kertas telah kering maksudnya catatan-catatan semua
yang ada di dalam dunia semesta ini (sebagaimana yang tertera di
Lauh Mahfuzh) tentu saja tak ada yang dapat mengubah
takdir-takdir dari Allah itu kecuali yang dikehendaki olehNya sendiri
sebagaimana firmanNya:
Ertinya:
"Allah menghapus serta menetapkan apa saja yang dikehendaki
olehNya dan di sisi Allahlah ummul kitab atau pokok Catalan. Ummul kitab ini
adalah ilmu Allah yang qadim (dahulu) sejak zaman azali (sebelum ada apa-apa
kecuali Allah)."
(f) Selain Tirmidzi yakni 'Abd bin Humaid dan juga Imam
Ahmad.
(g) Suka mengenai pada Allah ertinya senantiasa mendekat dan
taat padaNya. Kalau kita suka demikian ketika kita dalam keadaan lapang
(banyak rezeki dan badan sihat), maka Allah pasti suka melihat kita yakni
mahu memberi pertolongan pada kita apabila kita dalam keadaan sukar pada
suatu waktu.
(h) Suatu yang telah ditentukan oleh Allah (sejak zaman azali)
akan lepas dari kita, (tidak dapat kita capai), sudah tentu selamanya barang
itu tetap lepas dari kita yakni tidak dapat mengenai kita (kita peroleh).
Demikian pula sebaliknya, iaitu bahawa sesuatu yang telah ditentukan akan
kita dapatkan, maka bagaimanapun juga tidak akan lepas dari kita.
(i) Pertolongan Allah beserta kesabaran yakni bila kita ingin
pertolongan dari Allah, haruslah kita sabar.
(j) Kelapangan beserta kesusahan dan nanti pasti ada kelonggaran
yakni manusia itu tidak mungkin akan terus menerus susah dan sukar, insya
Allah pada suatu ketika ia akan menemui kelapangan dan kelonggaran juga.
63. Keempat: Dari Anas r.a., katanya: "Sesungguhnya engkau
semua pasti melakukan berbagai amalan - yang diremehkannya sebab dianggap
dosa kecil-kecil saja, yang amalan-amalan itu adalah lebih halus - lebih
kecil - menurut pandangan matamu daripada sehelai rambut. Tetapi kita semua
di zaman Rasulullah s.a.w. menganggapnya termasuk golongan dosa-dosa yang
merosakkan - menyebabkan kecelakaan dan kesengsaraan."
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan ia mengatakan bahawa erti
Almubiqat ialah apa-apa yang merosakkan.
64. Kelima: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu cemburu dan kecemburuan Allah
Ta'ala itu ialah apabila seseorang
manusia mendatangi -mengerjakan - apa-apa yang diharamkan oleh
Allah atasnya." (Muttafaq 'alaih)
65. Keenam: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia
mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, iaitu
orang sopak - yakni belang-belang kulitnya, orang botak dan orang buta. Allah
hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka.
Ia mendatangi orang supak lalu berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang
amat tercinta bagimu?" Orang supak berkata: "Warna yang baik dan
kulit yang bagus, juga lenyaplah kiranya penyakit yang menyebabkan
orang-orang merasa jijik padaku ini." Malaikat itu lalu mengusapnya dan
lenyaplah kotoran-kotoran itu dari tubuhnya dan dikurniai -oleh Allah Ta'ala
- warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu berkata pula:
"Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Orang itu menjawab:
"Unta." Atau katanya: "Lembu," yang merawikan Hadis ini
sangsi - apakah unta ataukah lembu. Ia lalu dikurniai unta yang bunting,
kemudian malaikat berkata: "Semoga Allah memberi keberkahan untukmu
dalam unta ini."
Malaikat itu seterusnya mendatangi orang botak, kemudian
berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?"
Orang botak berkata: "Rambut yang bagus dan lenyaplah kiranya apa-apa
yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini." Malaikat itu lalu
mengusapnya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia dikurnia rambut
yang bagus. Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat
tercinta bagimu?" Ia berkata: "Lembu." la pun lalu dikurnia
lembu yang bunting dan malaikat itu berkata: "Semoga Allah memberikan
keberkahan untukmu dalam lembu ini."
Akhirnya malaikat itu mendatangi orang buta lalu berkata:
"Keadaan bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang buta
menjawab: "Iaitu hendaknya Allah mengembalikan penglihatanku padaku
sehingga aku dapat melihat semua orang." Malaikat lalu mengusapnya dan
Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya. Malaikat berkata pula:
"Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Ia menjawab:
"Kambing." la pun dikurnia kambing yang bunting - hampir beranak.
Yang dua ini - unta dan lembu melahirkan anak-anaknya dan yang
ini - kambing - juga melahirkan anaknya. Kemudian yang seorang - yang supak -
mempunyai selembah penuh unta dan yang satunya lagi - yang botak - mempunyai
selembah lembu dan yang lainnya lagi - yang buta - mempunyai selembah
kambing.
Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang - yang asalnya - supak
dalam rupa seperti orang supak itu dahulu keadannya - yakni berpakaian serba
buruk - dan berkata: "Saya adalah orang miskin, sudah terputus semua
sebab-sebab untuk dapat memperolehi rezeki bagiku dalam berpergianku ini.
Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah
kemudian dengan pertolongan mu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama
Allah yang telah mengurniakan padamu warna yang baik dan kulit yang bagus dan
pula harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam
berpergianku ini - untuk sekadar bekal perjalanannya." Orang supak itu
menjawab: "Keperluan-keperluanku masih banyak sekali." Jadi enggan
memberikan sedekah padanya. Malaikat itu berkata lagi: "Seolah-olah saya
pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit supak yang
dijijiki oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian
Allah mengurniakan harta padamu?" Orang supak dahulu itu menjawab:
"Semua harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan mereka pun
dari nenek-moyangnya pula." Malaikat berkata pula: "Jikalau engkau
berdusta dalam pendakwaanmu - huraianmu yang menyebutkan bahawa harta itu
adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali
seperti keadaanmu semula.
Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang - yang asalnya -botak,
dalam rupa - seperti orang botak dulu - dan keadaannya -yang hina dina,
kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang supak dan
orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang supak itu pula.
Akhirnya malaikat itu berkata: "Jikalau engkau berdusta, maka Allah
pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu semula."
Seterusnya malaikat itu mendatangi orang - yang asalnya - buta
dalam rupanya - seperti orang buta itu dahulu - serta keadaannya - yang
menyedihkan, kemudian ia berkata: "Saya adalah orang miskin dan anak
jalan - maksudnya sedang bepergian dan kehabisan bekal, sudah terputus semua sebab-sebab
untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam berpergianku ini, maka tidak ada
yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini, kecuali Allah kemudian dengan
pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang
mengembalikan penglihatan untukmu iaitu seekor kambing yang dapat saya
gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam berpergian ini." Orang buta
dahulu itu berkata: "Saya dahulu pernah menjadi orang buta, kemudian
Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah mana
saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau inginkan.
Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu - kerana tidak meluluskan
permintaanmu -pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil kerana
mengharapkan keredhaan Allah 'Azzawajalla."
Malaikat itu lalu berkata: "Tahanlah hartamu - ertinya
tidak diambil sedikitpun, sebab sebenarnya engkau semua ini telah diuji,
kemudian Allah telah meredhai dirimu dan memurkai pada dua orang sahabatmu -
yakni si supak dan si botak." (Muttafaq alaih)
Dalam riwayat Imam Bukhari kata-kata: La ajhaduka, yang
ertinya: "Aku tidak akan membuat kesukaran padamu", itu diganti: La
ahmaduka, ertinya: "Aku tidak memujimu - menyesali diriku -
sekiranya hartaku tidak ada yang engkau tinggalkan kerana engkau
memerlukannya."
66. Ketujuh: Dari Abu Ya'la iaitu Syaddad bin Aus r.a.dari Nabi
s.a.w., sabdanya:
"Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang
memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah
matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti
hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni
mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal
shalih."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis hasan.
Imam Tirmidzi dan lain-lain ulama mengatakan bahawa makna Daana
nafsahu ertinya membuat perhitungan pada diri sendiri.
67. Kedelapan: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Setengah daripada kebaikan keislaman seseorang ialah
apabila ia suka meninggalkan apa-apa yang tidak memberikan kemanfaatan
padanya - yakni ia tidak memerlukan untuk mencampuri urusan itu. Ini adalah
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan lain-lain.
Keterangan:
Meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah misalnya sesuatu yang
memang bukan urusan kita atau sesuatu yang terang salah dan batil, maka tidak
berguna kita membela atau menolongnya. Demikian pula sesuatu yang bila kita
campuri, maka bukan makin baik dan mungkin mencelakakan diri kita sendiri.
Semua itu baiklah kita tinggalkan, kalau kita ingin jadi orang Islam yang
baik.
68. Kesembilan: Dari Umar r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Janganlah seseorang lelaki itu ditanya apa sebabnya ia memukul
isterinya - sebab mungkin ia akan
malu jikalau sebab pemukulannya diketahui oleh orang lain."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan lain-lainnya.
- Sabdanya
Nabi s.a.w. An-naaqatut 'usyara, dengan dhammahnya 'ain dan
fathahnya syin serta dengan mad (yakni dibaca panjang dengan diberi
hamzah di belakang alif), artinya: bunting. Sabdanya Antaja dalam
riwayat lain berbunyi Fanataja, artinya: Menguasai di waktu
keluarnya anak unta. Natij bagi unta adalah sama halnya dengan Qabilah
bagi wanita. Jadi natij, artinya penolong unta betina waktu beranak,
sedang qabilah, artinya penolong wanita waktu melahirkan atau biasa
dinamakan bidan.
Sabda Wallada haadzaa dengan disyaddahkan lamnya, artinya:
Menguasai waktu melahirkannya ini, Jadi sama halnya dengan Antaja untuk
unta. Oleh sebab itu kata-kata Muwallid, Natij dan Qabilah adalah
sama maknanya, tetapi muwallid dan natij adalah untuk binatang, sedang
qabilah adalah untuk selain binatang.
Adapun sabda beliau s.a.w.: Inqatha-'at biyal hibaalu, yaitu
dengan ha' muhmalah (tanpa bertitik) dan ba' muwahhadah (bertitik sebuah),
artinya: beberapa sebab. Jadi jelasnya: Sudan terputus semua sebab (untuk
dapat memperoleh bekal guna melanjutkan perjalananku).
- Sama
halnya dengan yang biasa diucapkan oleh orang banyak: "Laisa
'alaatbuulil hayaati nadamun," artinya: Tidaklah selain timbul
penyesalan dalam sepanjang kehidupan ini, maksudnya ialah oleh sebab
sangat panjangnya masa hidupnya itu.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar